Terkini

8 gambar kemalangan,3 maut treler bertembung dengan tiga kenderaan lain

JASIN: Tiga maut manakala seorang cedera parah dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan termasuk satu treler di Kilometer 176.3 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di sini petang Jumaat.

8 gambar kemalangan, treler bertembung dengan tiga kenderaan lain
Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Sampornak Ismail berkata kejadian berlaku kira-kira 4.45 petang apabila treler dari arah Johor Baharu ke Kuala Lumpur dipercayai hilang kawalan lalu terbabas melanggar pembahagi jalan.

8 gambar kemalangan, treler bertembung dengan tiga kenderaan lain


8 gambar kemalangan, treler bertembung dengan tiga kenderaan lain

Beliau berkata treler tanpa muatan itu kemudian memasuki jalan bertentangan dan bertembung dengan tiga kenderaan lain iaitu Toyota Camry, Perodua Myvi dan satu lori kontena.

8 gambar kemalangan, treler bertembung dengan tiga kenderaan lain

Mereka yang maut di tempat kejadian ialah pemandu treler, Muhammad Saiful Om, 31, dari Beranang, Selangor dan dua orang yang berada dalam kereta Toyota Camry iaitu Mohd Nizan Abdul Rahim, 48, dari Kota Tinggi, Johor dan Halid Haron, 48, dari Kangkar Pulai, Johor.

8 gambar kemalangan, treler bertembung dengan tiga kenderaan lain


8 gambar kemalangan, treler bertembung dengan tiga kenderaan lain

"Seorang lagi penumpang Toyota Camry cedera parah manakala tujuh lagi cedera iaitu empat yang berada dalam Myvi dan tiga yang menaiki lori kontena," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

8 gambar kemalangan, treler bertembung dengan tiga kenderaan lain


8 gambar kemalangan, treler bertembung dengan tiga kenderaan lain

Bagaimanapun, menurutnya nama mereka yang cedera masih belum diketahui dan mereka sedang dirawat di Hospital Jasin. -Mstar

No comments