Terkini

Walau Usia Dah Cecah 120 Tahun Wanita Ini Masih Ingat Kekejaman Jepun

SEORANG warga emas yang dipercayai wanita tertua di negara ini masih mempunyai ingatan yang kuat mengenai peristiwa penjajahan Jepun suatu masa dahulu,

Walau Usia Dah Cecah 120 Tahun Wanita Ini Masih Ingat Kekejaman Jepun
Puan Ahmad masih ingat dengan jelas kekejaman askar Jepun pada tahun 1940

Puan Ahmad, atau lebih dikenali sebagai Tok Puan yang tinggal di Kuala Nerang, Kedah boleh ingat dengan jelas peristiwa kekejaman askar Jepun pada 1940.

Warga emas berusia 120 tahun itu boleh menceritakan dengan lancar detik-detik askar Jepun memaku dua belah tangan penduduk kampung ke papan sebelum memasukkan ubat cecair ke dalam mulut.

"Mereka bubuh air banyak-banyak, lepas perut dah kembung, dia pijak. Bukan itu sahaja, mereka tendang penduduk kampung sampai patah gigi.

"Ada yang disusun atur dalam satu barisan kemudian ditembak," katanya.

Tok Puan yang mempunyai empat anak berusia antara 65 dan 90 tahun, kini mempunyai 19 cucu dan 70 cicit serta seorang piut.

Ketika ditanya mengenai rahsia dia masih kekal bertenaga pada usianya, Tok Puan berkata beliau tidak rahsia khusus.

"Tak ada pantang apa, makan macam biasa sahaja, nasi, ikan dan ulam," kata Tok Puan.

Tok Puan masih boleh bercakap dan berjalan seperti biasa malah tidak mengalami penyakit yang biasanya dihidap mereka yang lanjut usia.

Sebaliknya, beliau hanya saki sendi biasa.

Mengikut World Guinness Book of Records, manusia paling tua di dunia sekarang ialah wanita Amerika Syarikat, Susannah Mushatt yang berusia 116 tahun.


Mstar Online

No comments