Terkini

Lelaki terkejut ada objek "bermata" dalam tin kacang hijau yang dibelinya

Farmington (Amerika Syarikat) – Seorang wanita di sini terkejut apabila menemui kepala ular di dalam tin kacang hijau yang dibelinya di sebuah pasar raya.

Wanita terkejut ada objek "bermata" dalam tin kacang hijau
KEPALA ular berwarna hitam yang ditemui Troy dalam tin kacang hijau yang dibelinya.

Troy Walker menemui kepala ular itu ketika membuka tin kacang hijau berkenaan untuk dijadikan hidangan makan malam pada Rabu lalu.

Katanya, dia pada mulanya berasa pelik apabila melihat satu objek berwarna hitam ketika menuang kacang hijau berkenaan di dalam pinggan.

“Ia kelihatan seperti kacang yang hangus terbakar. Saya kemudian mengambil objek itu dengan sudu dan terkejut apabila melihat ia mempunyai mata.

“Saya terus menjerit dan melepaskan sudu yang mengandungi objek berkenaan,” katanya.

Menurutnya, dia lebih terkejut apabila rakannya yang datang membantu memberitahu objek itu adalah kepala ular yang dipotong.

“Saya terus membuang semua kacang berkenaan dan membawa tin kacang hijau serta kepala ular itu ke pasar raya untuk membuat aduan.

Sementara itu, syarikat yang mengeluarkan kacang hijau berkenaan, Western Family memberitahu, pihaknya menjalankan siasatan dan menghentikan pengeluaran serta penjualan produk itu. – Agensi/myMetro Online

No comments