Terkini

Tak sampai 5 minit kereta James Bond dilelong dengan nilai AS$3,5 juta

LONDON: Kereta Aston Martin DB10 direka khas untuk filem terbaharu James Bond, Spectre dijual pada harga kira-kira AS$3.5 juta pada majlis lelongan, melebihi daripada harga rizab.

Tak sampai 5 minit kereta James Bond dilelong dengan nilai AS$3,5 juta
KERETA Aston Martin DB10 direka khas untuk filem terbaharu James Bond, Spectre dijual pada harga
kira-kira AS$3.5 juta pada majlis lelongan

Kereta Aston Martin, yang sememangnya mempunyai kaitan sekian lama dengan ejen 007, adalah satu daripada 10 kereta yang direka untuk filem itu, menyaksikan kemunculan Daniel Craig buat kali keempat.

Kebanyakan kereta itu diubahsuai untuk penggambaran, dengan dua termasuk sebuah sudah dijual, disimpan sebagai kereta pameran. Ejen lelongan Christie berkata, lelongan kereta Spectre Silver DB10, sebagai sebahagian daripada tawaran jualan bertema "James Bond Spectre: The Auction", hanya berlangsung kurang lima minit.

Dengan harga tempahan STG1,000,000 hingga STG1,500,000, kereta itu dijual pada harga STG2,434,500 (AS$3.48 juta).

Selain itu, barangan dalam filem Spectre yang turut dilelong pada Khamis itu termasuk kostum Day of the Dead yang dipakai oleh Craig dalam adegan awal filem itu, yang dijual pada harga STG98,500.

Penyanyi, Sam Smith yang menandatangani skor muzik Writing's On the Wall dan diletakkan dalam bingkai - lagu tema filem itu pula dijual pada harga STG9,375. Secara keseluruhan, sebanyak 10 barangan dilelong dan berjaya mengumpul STG2.8 juta, yang kemudiannya diberikan untuk kebajikan.

Selain itu, lelongan secara online bagi baki 14 barangan akan mula dibuka untuk tempahan sehingga 23 Februari. Spectre, filem James Bond yang ke-24 dalam tempoh 53 tahun, mengutip kira-kira AS$879 juta jualan tiket box office di seluruh dunia sejak mula ditayangkan pada lewat Oktober. - Agensi/Bharian

No comments