Terkini

Bomoh cuba Membakar Hantu, tetapi ‘Dicekik’ Sampai Mati

Seorang bomoh tradisional di sini dikatakan mati selepas tiba-tiba rebah dalam upacara menghalau hantu.

Bomoh cuba Membakar Hantu, tetapi ‘Dicekik’ Sampai Mati
Bomoh cuba Membakar Hantu, tetapi ‘Dicekik’ Sampai Mati

Penduduk kampung yang menyertai upacara pembersihan tersebut bertempiaran lari apabila bomoh tersebut dikatakan secara tiba-tiba menjerit dan pengsan.

Ketua Kampung Albert Mwembe berkata: “bomoh ini diupah oleh penduduk kampung untuk menghalau roh jahat yang mengganggu wanita-wanita disini”. Beliau berkata, sejak kebelakangan ini, wanita-wanita di kampung tersebut sering terserempak dengan lembaga hitam yang menakutkan.

Bomoh tersebut dikatakan cuba menghimpun penduduk kampung untuk menjalankan upacara pembersihan tersebut. “Kami nampak dia membawa dua benda pelik yang diikat dengan kain merah dan hitam” kata seorang penduduk kampung.

“Dia berkata mahu membakar makhluk tersebut tetapi sebelum sempat menyebut nama makhluk tersebut, dia tiba-tiba menjerit sebelum rebah tidak sedarkan diri” kata seorang penduduk lagi.

Katanya, bomoh tersebut sedar seketika, namun sehari selepas kejadian tersebut dia menjerit mengatakan dia dikejar dan dicekik oleh sesusuk lembaga hitam sebelum meninggal dunia.

Kejadian dipercayai berlaku di Bulawayo, Zimbabwe

No comments