Terkini

Pemandu maut kerete jatuh jejambat selepas rempuh pembahagi jalan

ISKANDAR PUTERI - Seorang lelaki maut selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dipandunya terbabas lalu melanggar pembahagi jalan sebelum terjatuh dari jejambat dalam satu kejadian di susur keluar dari Kota Iskandar menghala ke Lebuh Raya Iskandar Sultan di sini pagi tadi.

Pemandu maut kerete jatuh jejambat selepas rempuh pembahagi jalan
Pemandu maut kerete jatuh jejambat selepas rempuh pembahagi jalan

Dalam kejadian pada pukul 9.20 itu, mangsa, Ng Soo Boon, 42, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada badan.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada kecuaian pemandu itu sendiri apabila dipercayai memandu secara melulu sebelum terbabas.

"Kereta dipandu mangsa terbabas lalu melanggar pembahagi jalan sebelum terjatuh dari jejambat sehingga menyebabkan mangsa tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Noor Hashim berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulai untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE



No comments