Terkini

GPS Bawa "Maut"

Rio de Janeiro - Seorang pelancong Itali mati ditembak apabila sistem kedudukan sejagat (GPS) digunakannya tersilap membawanya ke pekan yang dikuasai geng dadah.

GPS Bawa "Maut"

Roberto Bardella, 52, dan sepupunya yang tidak dinamakan mengembara di Amerika Selatan menggunakan motosikal.

Ketika kejadian mereka baru melawat mercu tanda paling popular Brazil, arca Christ the Redeemer, sebelum melaraskan GPS mereka untuk kembali ke pusat bandar.

Malangnya, alat itu membawa mereka ke kawasan miskin Morro dos Prazeres favela di Santa Teresa di pinggir bandar Rio.

GPS Bawa "Maut"
Alat GPS itu membawa mereka ke kawasan miskin Morro dos Prazeres favela di Santa Teresa di pinggir bandar Rio
yang dikuasai oleh geng dadah.
Mereka dikepung kira-kira 10 lelaki bersenjatakan kayu dan pistol yang kemudian membelasah serta menembak mati Bardella, tetapi sepupunya dilepaskan tanpa sebarang kecederaan.

Penyiasat percaya geng berkenaan mengesyaki mereka polis disebabkan alat perakam yang dipasang pada topi keledar mereka.

Mayat Bardella ditemui di sebuah lorong di pekan itu.


HarianMetro



No comments