Terkini

Video : Pakcik Ni Koyak-koyak Je Cebisan Kertas, Dah Jadi Not RM100

TERSEBAR sebuah video di laman sosial memaparkan seorang lelaki Melayu mempunyai ‘kelebihan’ menukar cebisan surat khabar menjadi wang kertas RM100.

Video : Pakcik Ni Koyak-koyak Je Cebisan Kertas, Dah Jadi Not RM100

Menerusi video itu, seorang lelaki pertengahan umur lengkap berkain pelikat, baju Melayu teluk belanga dan bersongkok beraksi mempamerkan magis yang dimilikinya.

Lelaki yang tidak diketahui identitinya berceloteh sambil melipat-lipat cebisan surat khabar dan mengoyaknya menjadi cebisah kecil sebelum mengeluarkan sekeping not kertas bernilai RM100.

“Ni zaman semua orang gaduh-gaduh, kata minyak naik, minyak masak naik, road tax nak naik tapi tak reti nak buat duit.

“Bukan susah sangat buat duit ada skill sikit-sikit, kertas-kertas tak guna tu simpan buat aja lah duit, bila dapat duit, boleh la belanja nak beli minyak ke, nak pergi piknik ke?

“Apa yang masalah sangat, hidup ni harta hasil dunia je, ni ha dah dapat duit RM100, kurang kang buat lagi, apa nak susah-susah sangat,” bebelnya seorang diri.

Video yang tidak diketahui lokasinya itu telah ditonton lebih 23,000 kali oleh pengguna laman sesawang.


Pun begitu, rata-rata netizen yang menyaksikan video berkenaan tidak mempercayai ‘kebolehan’ yang dimiliki lelaki tersebut dan mendakwa ia adalah salah satu trick atau helah semata-mata. – MYNEWSHUB.CC

No comments