Terkini

Keseronokan Bermain "Bungee Jumping" Bertukar Tragedi

SEORANG lelaki menerima nasib malang apabila percubaan pertamanya untuk merasai adrenalin bermain lompatan bungee (bungee jumping) bertukar tragedi.

Keseronokan Bermain "Bungee Jumping" Bertukar Tragedi


Menurut sebuah laman antarabangsa, Fabio Ezequiel de Moraes yang menggemari aktiviti sukan ekstrem meninggal dunia setelah melakukan lompatan itu di Sao Paolo, Brazil, baru-baru ini.

Tambah laman terbabit, insiden itu berpunca daripada tali yang sepatutnya menjadi penyelamatnya didakwa terlalu panjang menyebabkan Moraes terhentak ke permukaan tanah bukan pada tilam yang disediakan.

Insiden malang itu disaksikan sendiri oleh isteri dan dua anak Moraes.

Walau bagaimanapun, video yang tersebar itu telah diedit dan bahagian Moraes menghempap permukaan tanah telah dipadam.


Difahamkan ketinggian tempat terjunan yang dilakukan oleh Moraes berukuran 40 meter dari permukaan tanah.

Selain Moraes, anak lelakinya juga dikatakan hendak melakukan terjunam itu namun sempat dihalang gara-gara insiden yang menimpa bapanya.

Menerusi laporan daripada pelbagai laman di United Kingdom, mereka mendakwa kecuaian pihak pengurusan bungee melakukan pengiraan terhadap panjang tali yang diperlukan untuk melakukan lompatan punca kecelakaan itu terjadi.

Pihak pollis tempatan telah merampas semua peralatan yang digunakan dan menjalankan siasatan berhubung insiden yang berlaku.

Artikel Asal - MyNewsHub.Cc

No comments