Terkini

Video : Wanita Nyaris Maut DiRempuh Kereta, Tiang Elektrik Jadi Penyelamat

BERPANTANG maut sebelum ajal. Seorang wanita di Kalisz, Poland berdepan detik cemas apabila nyaris dilanggar sebuah kereta di sebatang jalan di bandar berkenaan.


Satu rakaman video kemera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di jalan berkenaan berjaya merakam insiden tersebut.

Menurut sebuah laman antarabangsa, insiden tersebut bermula apabila sebuah kereta berwarna putih cuba untuk membelok ke kiri di hadapan trafik.

Kemudian muncul sebuah kereta berwarna hitam dari arah bertentangan melanggar hadapan kereta putih itu lalu terbabas menuju ke arah wanita yang berjalan di atas kaki lima.

Bagaimanapun, nasib wanita itu baik kerana kereta hitam yang terbabas itu dihalang oleh sebuah tiang lampu yang berada di kaki lima tersebut.


Mangsa wanita yang memakai baju warna merah kelihatan cuba untuk melarikan diri apabila kereta hitam itu meluncur laju ke arahnya namun terjatuh mungkin disebabkan terlalu terkejut dan panik dengan situasi cemas yang dialaminya pada ketika itu.

Mangsa dilihat segara bangun dan menjarakkan diri dari kereta berkenaan. Manakala tiang lampu yang turut menjadi ‘mangsa’ dalam insiden terbabit tidak mengalami sebarang ‘kecederaan’.

No comments