Terkini

Tiada Sijil Halal DiKeluarkan Untuk Coklat Jenama Toblerone Dan Daim

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Jumaat mengesahkan coklat jenama Daim dan Toblerone bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Tiada Sijil Halal DiKeluarkan Untuk Coklat Jenama Toblerone Dan Daim

Kedua-dua jenama coklat popular itu juga tidak memperoleh sijil Halal daripada mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf Jakim.


"Jadilah pengguna yang bijak dengan membeli produk yang mempunyai logo halal Malaysia atau logo halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim," menurut kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook jabatan itu.

Orang ramai boleh melayari laman web www.halal.gov.my untuk mengetahui produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia serta badan pensijilan atau logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Selain itu, orang ramai juga boleh melayari laman Facebook Bahagian Hab Halal di https://m.facebook.com/HabHalalJakim/ jika terdapat sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang diviralkan.

Sumber - MstarOnline



No comments