Terkini

Video : Lihat Aksi Guru Kungfu "Belasah" Pencuri Telefon Bimbit

SEORANG pencuri menerima ‘ganjaran’ daripada seorang pemandu trak apabila perbuatannya mencuri telefon bimbit berjaya dihidu oleh pemilik trak itu yang juga merupakan guru kung fu.

Video : Lihat Aksi Guru Kungfu "Belasah" Pencuri Telefon Bimbit

Kejadian yang berlaku di Foshan wilayah Guangdong tenggara China itu berjaya dirakamkan oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di kawasan itu pada Ahad lalu.

Menerusi rakaman, suspek yang memakai topi keledar itu memanjat kepala trak lalu mengambil telefon yang ditinggalkan di dalam sebelum berpura-pura jawab panggilan dan berlalu meninggalkan tempat itu menaiki sebuah skuter.

Kelibat suspek dikesan sekali lagi apabila dia dilihat melalui jalan sama dan peluang keemasan itu tidak dilepaskan oleh pemandu trak itu untuk ‘membalas dendam’.

Pemandu trak itu melompat dengan beraninya dan melepaskan tendangan ke arah mangsa hingga terbalik skuter yang ditunggangnya.

Suspek yang terjatuh cuba untuk bangun namun ditendang sekali lagi oleh pemandu trak itu sebelum menyerahkan telefon bimbit dicurinya itu.

No comments