Terkini

Ngeri!! Panah Besi Tembus Kepala, Lelaki Nyaris Maut

SEORANG lelaki masih terselamat walaupun kepalanya ditembusi sebatang anak panah diperbuat daripada besi dalam kejadian ngeri ketika mangsa mengikuti aktiviti memanah ikan di Amerika Utara.

Ngeri!! Panah Besi Tembus Kepala, Lelaki Nyaris Maut

Identiti lelaki itu tidak dapat dipastikan tetapi gambarnya terbaring di katil sebuah hospital tersebar dalam laman sosial sejak Rabu lalu.

Berdasarkan gambar tersebut, kelihatan besi yang panjang menembusi kedua-dua belah bahagian pipinya dan darah turut kelihatan keluar di bahagian hidung.

Namun mangsa bernasib baik kerana masih bernyawa selepas doktor berjaya mengeluarkan besi tersebut menerusi pembedahan.

Gambar selepas dia menjalani rawatan juga turut dikongsikan oleh rakan wanitanya yang menunjukkan lelaki itu tersenyum dalam keadaan kepalanya berbalut.

"Ini sebabnya saya takut untuk menyertai aktiviti memanah ikan," kata wanita tersebut yang tidak mendedahkan namanya.

Kejadian berkenaan dipercayai berlaku di kawasan pesisiran pantai di Bahamas dan mangsa dikatakan seorang penyelam.


MstarOnline



No comments