Terkini

Video : Kanak-kanak Mangsa Langgar Lari Di Stesen Minyak

MARAN – Seorang kanak-kanak mengalami kecederaan di tangan kiri selepas dirempuh kereta dalam kejadian langgar lari di sebuah stesyen minyak, di sini, petang semalam.

Video : Kanak-kanak Mangsa Langgar Lari Di Stesen Minyak

Kejadian dipercayai berlaku di stesen Shell Kampung Awah, kira-kira jam 2 petang.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 18 saat, mangsa yang berusia lingkungan lima tahun itu pada mulanya sedang berlari untuk mendapatkan ibunya yang masuk ke kedai serbaneka stesen minyak itu.

Namun, mangsa tidak menyedari kehadiran sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang secara tiba-tiba meluru laju ke arahnya, membuatkan kanak-kanak perempuan itu jatuh tersungkur.

Video : Kanak-kanak Mangsa Langgar Lari Di Stesen Minyak

Menurut ibu saudara mangsa, Ina, pemandu terbabit telah melarikan diri, meninggalkan mangsa dalam keadaan kesakitan.

Ekoran kejadian itu, keluarga mangsa membuat laporan polis dan memuat naik video kejadian yang diperolehi dari rakaman CCTV stesen minyak tersebut, di media sosial.

Sehingga berita ini ditulis, mangsa dilaporkan stabil dan sudah dibenarkan pulang ke rumah.



 – MYNEWSHUB.CC

No comments