Terkini

Wanita Kongsi Detik Cemas Anak Hampir Jadi Mangsa Pukau Dan Culik

SEORANG ibu berkongsikan detik-detik cemas apabila anak perempuannya nyaris menjadi mangsa culik secara pukau dalam kejadian di sebuah kedai makan di Kampar, Perak, baru-baru ini.

Wanita Kongsi Detik Cemas Anak Hampir Jadi Mangsa Pukau Dan Culik

Wanita yang hanya dikenali sebagai Diana menerusi perkongsian di laman sosial berkata, lelaki tidak dikenali itu cuba mendekati anaknya, Amanda, 5, ketika mereka sekeluarga sedang menjamu selera di gerai makan berkenaan.

“Kami singgah makan di Kampar, tiba-tiba ada seorang lelaki asing memegang Amanda. Dia senyum-senyum pada Amanda dan saya perhatikan saja.

“Namun, rasa semacam di dalam hati. Perasaan seorang ibu ini lain. Memang saya tak lepas pandang Amanda,” katanya.

Dia yang kehairanan dengan aksi lelaki berkenaan hanya mampu berfikir positif sambil memerhati tingkah-lakunya, sebelum anaknya itu secara tiba-tiba cuba meninggal mereka dan ingin mengikut lelaki terbabit.

Amanda dikatakan terus berlari kearah lelaki itu seperti telah lama mengenalinya, seolah-olah kanak-kanak itu dipukau untuk mengikut arahan lelaki berkenaan.

“Tiba-tiba Amanda meluru ke arah lelaki itu. Gila kau! Terkejut beruk saya dan terus jerit nama ‘Amanda!’.

Jeritan ‘Amanda’ itu menyebabkan anaknya seperti tersedar dan terus kembali semula kepadanya.

Wanita Kongsi Detik Cemas Anak Hampir Jadi Mangsa Pukau Dan Culik

“Amanda cepat-cepat tersedar selepas mendengar jeritan saya yang agak kuat itu dan lelaki itu terus beredar,” katanya.

Menurutnya, mujurlah dia sentiasa memerhatikan gerak-geri anaknya dan mempunyai prasangka tidak baik terhadap individu berkenaan yang dipercayai cuba menculik dengan memukau anaknya.

Ekoran kejadian, Diana turut menasihati kepada netizen agar tidak mudah membiarkan anak disentuh oleh individu tidak dikenali lebih-lebih lagi ketika berada di luar.

“Tak dapat saya bayangkan kalau Amanda tak ada yang saya sayang dan anggap dia sebagai nyawa saya. Siapa yang tak sayang anak?

“Pesanan untuk anda, awasilah anak-anak dengan mata yang ‘tajam’. Jangan biar orang yang tidak dikenali memegang anak anda.

“Tak pasti sama ada dia pukau Amanda atau sebaliknya. Fikir yang buruk dahulu. Allahuakbar,” katanya –MYNEWSHUB.CC

No comments