Terkini

Terowong Genting Sempah Tutup Sementara 60 Hari

KUALA LUMPUR – Terowong Genting Sempah akan ditutup sementara untuk lalu lintas dari pukul 8 pagi hingga 5 petang selama 60 hari bermula 10 Januari ini.

Terowong Genting Sempah Tutup Sementara 60 Hari

ANIH Berhad dalam satu kenyataan berkata, penutupan sementara itu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyenggaraan dalam Terowong Genting Sempah.

“Sehubungan itu, laluan kenderaan dalam Terowong Genting Sempah akan ditutup selama sembilan jam sehari bagi memberi laluan kepada pelaksanaan kerja berkenaan.

“Laluan kontra akan diaktifkan sepanjang tempoh kerja tersebut. Laluan dalam terowong akan dibuka semula seperti biasa dari pukul 6 petang hingga 7 pagi,” kata kenyataan itu hari ini.

Bagaimanapun, kata ANIH Berhad, kerja-kerja penyenggaraan itu akan dihentikan pada cuti musim perayaan Tahun Baharu Cina dan Thaipusam untuk kemudahan orang ramai.

Justeru, kata kenyataan itu, semua pengguna lebuh raya berkenaan dinasihatkan mematuhi papan tanda serta arahan yang diberikan petugas di lokasi.

“Maklumat lanjut boleh diperoleh di Facebook Lebuhraya Pantai Timur dan laman Twitter di @LPTTrafik bagi mengetahui status dan keadaan terkini.

“Pengguna juga dinasihatkan mengikuti akaun laman sosial kami untuk merancang perjalanan,” kata kenyataan itu.



No comments