Terkini

Swafoto Bersama Ronaldo, Impian Faiz Subri Tercapai

IMPIAN pemenang Anugerah Puskas 2016, Mohd Faiz Subri, untuk bertemu muka dan mengambil swafoto (selfie) dengan bintang bola sepak terkemuka dunia, Cristiano Ronaldo, akhirnya tercapai.

Swafoto Bersama Ronaldo, Impian Faiz Subri Tercapai
Faiz memuat naik sekeping swafoto bersama Ronaldo ke akaun Twitternya, beberapa jam lalu.
- Foto/Twitter Faiz Subri

Faiz memuat naik sekeping gambar bersama Ronaldo ke akaun Twitternya, beberapa jam lalu.

Turut kelihatan dalam gambar berkenaan adalah Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Afandi Hamzah.

Swafoto Bersama Ronaldo, Impian Faiz Subri Tercapai

Faiz sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk berjumpa Ronaldo dalam majlis Anugerah Bola Sepak FIFA The Best 2016.

Swafoto Bersama Ronaldo, Impian Faiz Subri Tercapai

FIFA kemudiannya retweet status Faiz itu.

Swafoto Bersama Ronaldo, Impian Faiz Subri Tercapai

Memetik laporan portal Harian Metro, Faiz memberitahu, Ronaldo dan beberapa pemain lain seperti Sergio Ramos dan Manuel Neuer turut mengucapkan tahniah kepadanya.

Selain Ronaldo, Faiz juga sempat berswafoto bersama Neuer dan bekas pengurus Manchester United, Alex Ferguson.

Swafoto Bersama Ronaldo, Impian Faiz Subri Tercapai

Sebelum itu, Faiz juga sempat bergambar bersama legenda-legenda bola sepak, antaranya Maradona dan Roberto Carlos, ketika makan tengah hari.

Swafoto Bersama Ronaldo, Impian Faiz Subri Tercapai

Faiz dinobatkan pemenang Anugerah Puskas menerusi jaringannya yang disifatkan 'melanggar hukum fizik' ketika membantu Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, pada 16 Feb tahun lepas.

Sumber - AstroAwani

No comments