Terkini

Video : Kenapa Wanita Ini Terpaksa DiTarik Di Belakang Trak?

INI adalah kisah malang yang menimpa seorang wanita obes. Dia terpaksa ditarik di belakang sebuah trak disebabkan badannya yang besar itu tidak muat untuk dimasukkan ke dalam kenderaan terbabit.

Video : Kenapa Wanita Ini Terpaksa DiTarik Di Belakang Trak?

Keadaan yang menyedihkan itu dipercayai dirakamkan di Kansas, Amerika Syarikat dan telah dimuatnaik dalam media sosial.

Wanita itu duduk di atas kerusi dan tali panjang diikat di belakang trak terbabit. Kenderaan itu terpaksa bergerak dengan perlahan terutama ketika ia membelok.

Mungkin itu sahaja cara bagi wanita tersebut untuk bergerak namun ia memang menyedihkan apatah lagi melihat kepada keadaan badannya yang terlalu obes itu.


Obesiti kini menjadi antara masalah utama di Amerika Syarikat dengan rakyatnya secara purata mengambil lebih 2,481 kalori pada 2010, iaitu melebihi jumlah kalori yang diperlukan untuk mengekalkan berat badan yang bersesuaian.

Secara purata lelaki memerlukan pengambilan 2,400 kalori sehari manakala wanita pula memerlukan 1,850 kalori sehari.

Malahan Institut Kebangsaan Diabetes dan Penyakit Buah Pinggang mendapati dua daripada orang dewasa di Amerika Syarikat adalah obes. – Mynewshub.cc

No comments