Terkini

Gila meroyan, punca kesan dan implikasinya terhadap kaum wanita

Menimang cahaya mata sering digambarkan sebagai sesuatu yang indah, maklumlah penantian kira-kira sembilan bulan berakhir sudah. Namun kegembiraan suami dan keluarga kadang kala bertukar duka apabila ibu baru bersalin mengalami gangguan emosi.

Gila meroyan, punca kesan dan implikasinya terhadap kaum wanita
Gila meroyan, punca kesan dan implikasinya terhadap kaum wanita - gambar hiasan

Pakar Perunding Perubatan Neuro-Behavior di sebuah pusat perubatan swasta pumpong Kedah, Dr Wan Mohd Rushidi Wan Mahmud, berkata bukan semua gangguan emosi boleh disifatkan sebagai gila meroyan. Katanya, masalah emosi selepasbersalin boleh dibahagaikan kepada tiga:

Kemurungan sementara selepas bersalin atau postpartum blues
Kemurungan selepas bersalin jenis neurotik
Kemurungan
Sindrom kemurungan sementara lepas bersalin

Sindrom ini paling kerap dialami dan kajian menunjukkan di antara 40 dan 80 peratus wanita selepas bersalin mengalaminya. keadan ini berlaku di antara hari ketiga dan kelima selepas bersalin dan jarang melebihi dua minggu pertama. Ia selalunya hilang sendiri selepas tempoh dua minggu kelahiran.

Gejala:

Buaian emosi iaitu keadaan sedih dan gembira bersilih ganti tanpa sebab.
Menangis lebih dari biasa.
Terlalu sensitif, mudah tersinggung dan cepat marah.
Gelisah dan bingung.
Berdebar-debar.
Berasa hairan tidak segembira orang lain selepas melahirkan.
Sukar tidur walaupun bukan kerana diganggu bayi.


Sindrom kemurungan selepas bersalin jenis neurotik

Sindrom ini lebih serius daripada kemurungan sementara dan mendatangkan kesan lebih buruk. lazimnya gangguan emosi bermula dari dua atau empat minggu hingga tiga bulan selepas bersalin tetapi kesannya boleh dilihat sehingga beberapa tahun. Namun ramai wanita tidak yang menyedarinya malah menganggap ia sebagai pengalaman biasa selepas bersalin.

Gejala:

Sedih dan murung berpanjangan.
Hilang nikmat kegiatan harian.
Hilang selera makan dan berat badan menurun.
Hilang tumpuan terhadap kerja.
Tidak bermaya.
Hilang keinginan untuk menjaga, memegang bayi, tidak mahu ditinggalkan kesenorangngan bersama bayi, terlalu bimbangkan keselamatan dan kesihatan bayi.
Nerasaan berslah atau berasa tiada harapan untuk terus hidup.
Keinginan untuk membunuh diri atau mencederakan diri sendiri.
Sindrom kemurungan selepas bersalin jenis psikotik (gila meroyan)

Sindrom ini amat dikenali dalam masyarakat Melayu. Kebanyakkan kita agak keliru dan melebelkan semua wanita yang mengalami gannguan emosi selepas bersalin sebagai gila meroyan. Rawatan segara amat diperlukan sebab ia boleh membahayakan diri wanita itu, bayi dan masyarakat.

Gejala gila meroyan:

Gangguan tidur.
Gelisah, tegang dan panik tanpa.
Menangis tanpa sebab.
Hilang selera makan dan berat badan menurun.
Fikiran bercalaru, berserabut tanpa sebab dan kekeliruan yang ketara.
Mangsa mengalami ciri-ciri psikotik seperti:

Mendengar suara ghaib.
Tingkah laku pelik seperti bercakap, ketawa atau menangis sendirian.
Mempunyai kepercayaan yang salah – beranggapan bayi dilahirkan bukan anaknnya.
Berasa seakan-akan bayi dilahirkan jelmaan syaitan.
Terasa bersalah.
Hilang harapan untuk hidup (berkemungkinan pesakit membunuh diri dan membunuh bayi).


Petikan dari Jelita Oktober 2005

No comments