Hobi unik pelukis terkenal hasilkan lukisan unik di atas perut ibu mengandung
Lukisan unik dan pertama kali dilakukan di negara ini merupakan hasil tangan pelukis terkenal di Britain, Annie Newman, 39.
Annie yang merupakan anak kelahiran Miri, Sarawak sangat berbesar hati apabila diberi peluang melukis di atas perut seorang ibu, Estee Leong, 33.
“Ini bukan pengalaman pertama saya melukis di atas perut ibu mengandung kerana saya biasa melakukannya di Britain.
“Saya sukakan teknik ini kerana ia satu pengalaman yang luar biasa,” ujarnya ketika ditemui Kosmo! di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tambahnya, perasaan melukis di atas perut ibu mengandung begitu berbeza berbanding melukis pada dinding atau kanvas.
“Saya tidak dapat meluahkan perasaan itu menerusi kata-kata tetapi ia sangat menggembirakan. Bayangkan, ketika saya melukis, bayi dalam kandungan bergerak dan kadangkala menendang.
“Bayi itu seolah-olah menyukai apa yang saya sedang lakukan,” ujarnya yang melukis motif bunga orkid menggunakan warna-warna pastel.
Menurut Annie yang sudah melukis selama lebih 20 tahun, bunga orkid yang mekar itu melambangkan kesuburan, kesucian dan kesejahteraan.
Bahan organik
Warna-warna pastel seperti merah jambu dan biru cair pula menjadi simbolik sifat kewanitaan.
Dia turut menggunakan cat daripada bahan organik kerana ia selamat untuk ibu mengandung.
Dalam pada itu, konsep lukisan Annie lebih cenderung kepada sifat-sifat positif yang mampu menenangkan minda dan memberikan perasaan gembira tatkala melihatnya.
Menurut Annie, lukisan Baby Bump tidak kompleks seperti lukisan mural dan hanya mengambil masa lebih kurang dua jam untuk disiapkan.
Selesai melukis, Annie menghias bunga orkid itu dengan beberapa butir berlian berbentuk segi empat tepat sekali gus menjadikan lukisan Baby Bump itu antara karya termahalnya.
Annie yang pernah menghasilkan lukisan untuk selebriti bola sepak England, David Beckham menjelaskan, dia gemar melukis mural berbanding di atas kanvas kerana mural merupakan lukisan besar yang biasanya dilukis pada dinding.
“Konsep mural bergantung kepada pelanggan. Ada pelanggan yang lebih mementingkan kepercayaan feng shui. Tambahan pula, mural tidak semestinya dilukis pada dinding rumah kerana ada juga dihasilkan di pejabat dan restoran,” bicaranya.
Sementara itu, Estee yang mengandungkan anak ketiga begitu terharu kerana Annie sanggup terbang ke Malaysia untuk melukis di atas perutnya.
“Saya memang tidak sangka perkara ini akan berlaku kerana ini merupakan kali pertama bertemu dengannya. Bayi dalam kandungan saya juga turut gembira,” katanya dengan senyuman.
KOSMO ONLINE
Annie yang
merupakan anak kelahiran Miri, Sarawak sangat berbesar hati apabila diberi
peluang melukis
di atas perut seorang ibu, Estee Leong, 33
|

Estee yang
mengandungkan anak ketiga begitu terharu kerana Annie sanggup terbang ke
Malaysia
untuk melukis di atas perutnya
|
KOSMO ONLINE
No comments
Post a Comment