Terkini

Kantoi sudah!! teman lelaki Adel AF2014, mengaku duda tapi masih suami orang

Beberapa hari lepas banyak gossip mengenai peserta Akademi Fantasia 2014, Adel yang dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan suami orang. Mereka dikatakan intim sehingga kluar masuk hotel.


Isteri teman lelaki Adel, Hairin telah tampil kepada untuk menceritakan kisah dari pihaknya.

Selama enam tahun bersama suami keluarga saya bahagia. Mulai tiga bulan lepas suami saya mula berubah. Saya tak sedap hati.

Saya periksa telefon bimbitnya, dan saya nampak mesej-mesej antara Adel dan suami. Saya ambil gambar perbualan mereka guna telefon saya sendiri.

Saya tanya suami A sampai Z. Dia mengaku menjalinkan hubungan intim dengan Adel di belakang saya. Kawan-kawan saya nampak mereka daftar masuk ke sebuah hotel di Kota Kinabalu. Suami saya mengaku di depan ibu bapa saya sudah terlanjur dengan Adel.

Saya bersua muka dengan Adel dan suami sebelum pulang ke Johor dan Adel memberitahu dia mahukan suami saya.

Menurut Hairin Adel juga bergambar dalam kereta kepunyaan suaminya.


Ditanya adakah benar dia dan suami sedang dalam proses perceraian seperti dakwaan Adel, wanita itu menafikan.

Saya dan suami tidak pernah bercerai, bagaimana suami saya boleh menjadi duda dan tiba kami dalam proses penceraian?

Keluarga saya sangat bahagia. Selepas berlaku begini suami saya mula menipu dan segala pergerakan Adel dan suami dapat saya lihat melalui akaun Instagram Adel.



Sepanjang saya di kampung mereka berkaraoke, bercheck-in, Adel ikut suami saya ke hulu ke hilir.

Menurut Hairin, dia tampil dengan cerita sebenar kerana Adel menipu orang ramai untuk menyelamatkan diri. Hairin juga memberitahu yang walaupun Adel sanggup bermadu dengannya, dia tidak sudi dan lebih rela berpisah.

Menurut Hairin lagi, suaminya memberitahu akan meninggalkan Adel perlahan-lahan tetapi masih menjalinkan hubungan dengan penyanyi itu.

Tambah Hairin lagi, dia tampil dengan cerita sebenar kerana mahukan keadilan bagi dirinya dan anak perempuannya.

Perkara ini dinafikan oleh Adel  yang mendakwa cerita keluar masul hotel dengan teman lelakinya hanya fitnah. Tambah Adel, teman lelakinya mengaku duda semasa perkenalan mereka bermula dan kini dia sedang dalam proses perceraian dengan isterinya.







Agak sukar untuk membuat penghakiman tentang perkara ini sebagai orang luar. Diharap ketiga-tiga pihak dapat mencapai jalan penyelesaian terbaik untuk hidup mereka.

No comments