Terkini

Kontroversi jersi pasukan Kelantan berjenama DSV akhirnya terungkai

KOTA BHARU - Kontroversi mengenai warna jersi pasukan Kelantan berjenama DSV akhirnya terungkai apabila dilancarkan secara rasmi hari ini.

Kontroversi jersi pasukan Kelantan berjenama DSV akhirnya terungkai
Pelancaran jersi tersebut disempurnakan oleh Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), 
Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman

Pelancaran jersi tersebut disempurnakan oleh Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Vida yang merupakan penaja utama pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQP TRW) musim 2016.

Yang hadir sama Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa, Timbalan Presiden, Datuk Seri Afandi Hamzah, Naib Presiden, Datuk Rosmadi Ismail serta penaja kedua terbesar Ketua Pegawai Eksekutif Chengal Jati Sdn. Bhd., Datuk Ir. Shaari Hassan.

Untuk musim ini, Kelantan menggunakan dua jersi yang masing-masing berwarna merah dan merah jambu sebagai jersi utama.

Bagi tempat lawan, pasukan itu akan menggunakan dua jersi yang berwarna biru dan putih serta merah jambu dan hitam.

Dr. Vida berkata, jersi PQP TRW musim ini perkenalkan dalam tiga versi iaitu ‘Supra Player’, ‘Ac Melinea’ dan ‘Man Tera’.

“Supra Player akan dijual dengan harga RM168, Ac Melinea (RM98) dan Man Tera (RM68).

“Semua ini harga mampu milik dan saya berharap penyokong dapat memberikan sokongan penuh dengan membeli jersi asli,” katanya. - UTUSAN ONLINE

No comments