Lagi kes tersepit, kali ini tersepit di lubang tandas pula
Ampang Jaya: Remaja lelaki berusia 13 tahun terpaksa menanggung kesakitan hampir sejam apabila kakinya tersepit di dalam lubang tandas di rumahnya Lembah Jaya, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian 11.30 pagi itu, mangsa tergelincir menyebabkan kaki kiri mangsa termasuk ke dalam lubang tandas itu.
Menurut jurucakap bomba, pihaknya menerima panggilan pada 11.42 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian dengan empat anggota bomba termasuk pegawai operasi.
"Setiba di lokasi mendapati kaki mangsa tersepit dan pihak bomba bertindak memecahkan dinding tandas bagi menyelamatkan mangsa.
"Mangsa berjaya dikeluarkan selepas hampir 30 minit dan remaja ini tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi.-hmetro

No comments
Post a Comment