Memang pelik....Andy Go To School teruskan tradisi keluarga beri nama anak
TEGALARUM, JAWA TENGAH – Nama merupakan puisi indah bagi pemiliknya juga menyimpan makna yang tersirat kepada yang memberinya selain memberi kekuatan dalam serta harapan kepada ibu bapa.
Namun ada juga nama yang mendatangkan beban kepada pemiliknya seperti kisah Goto, 30, atau nama penuhnya Andy Go To School yang menetap di kampung Tegalarum, wilayah Borobudur, Magelang, Jawa Tengah.
Sejak kecil dia membawa nama tersebut dan sering diejek oleh oleh rakan-rakan sekelas.
Sebelum ini Andy Go To School atau nama panggilannya Goto tidak menyedari keunikan namanya sehinggalah dia belajar bahasa Inggeris di sekolah menengah.
“Saya sering tertanya-tanya kenapa nama saya sering disebut dalam perkataan bahasa Inggeris di dalam kelas,’’ kata Andy.
Namun perkara itu bukanlah pelik kerana bapa Goto sendiri, Bulking, 69, yang telah berkahwin sebanyak tiga kali dan dikurniakan 10 anak turut menamakan anak-anak yang lain menggunakan bahasa Inggeris.
Antaranya, August Dedy My House, 40; Happy New Year, 37; Rudy A Good Boy, 29; Friday Back To School, 6 dan Effendy My School yang berusia 13 bulan.
Nama-nama itu juga bersesuaian dengan bulan kelahiran mereka contohnya Friday dilahirkan pada hari Jumaat manakala August dilahirkan pada bulan Ogos.
Bulking bercadang untuk menamakan anak perempuannya Tutut In The Classroom namun setelah berbincang dengan isterinya, dia memilih perkataan ‘room’ atau ‘rum’ sebagai nama bayi itu iaitu Tutut Ermaningrum.
‘Ning’ dalam bahasa Jawa bermaksud ‘dalam’ namun nama itu boleh juga ditafsirkan sebagai Ningrum yang bermaksud ‘in the classroom’.
Sementara itu Bulking mendapat namanya daripada bapanya yang bermaksud lembu jantan kerana bapanya merupakan aktivis Parti Kebangsaan Indonesia yang menggunakan lambang lembu selain meminati Bung Karno.
Namun kerana nama itu, dia sering diejek dan ekoran tidak tahan dengan hinaan itu Bulking berpindah ke Wilayah Borobudur dan nekad tidak mahu pulang ke kampungnya di Salamkanci, wilayah Bandongan.
Menurut Bulking, dengan memiliki nama unik dia berharap anak-anaknya tidak terus menetap di kampung halaman mereka sebaliknya berhijrah dan membina kehidupan yang lebih berjaya di tempat baru.
Dia sering menggunakan perkataan ‘school’ untuk mengingatkan anak-anaknya supaya pergi ke sekolah dan belajar bersungguh-sungguh.
Impiannya menjadi kenyataan apabila kini Goto memegang jawatan tinggi sebagai brigadier di unit polis bandar Magelang.
Malah bagi meneruskan tradisi itu, Goto turut menamakan anak lelaki sulungnya yang berusia empat tahun sebagai Virgenio Silvero Goes To Paradise.
“Dengan memberi nama itu saya berharap anak saya menjadi kenderaan untuk saya ke syurga,’’ katanya.
Anak lelakinya yang kedua diberi nama Lucky Star Beloved Mother namun bayi itu meninggal semasa berusia empat hari. – Kompas.com
Antara nama-nama pelik keluarga Bulking |
Namun ada juga nama yang mendatangkan beban kepada pemiliknya seperti kisah Goto, 30, atau nama penuhnya Andy Go To School yang menetap di kampung Tegalarum, wilayah Borobudur, Magelang, Jawa Tengah.
Sejak kecil dia membawa nama tersebut dan sering diejek oleh oleh rakan-rakan sekelas.
Sebelum ini Andy Go To School atau nama panggilannya Goto tidak menyedari keunikan namanya sehinggalah dia belajar bahasa Inggeris di sekolah menengah.
Goto atau nama penuhnya Andy Go To School menunjukkan kad kuasa yang memaparkan nama uniknya. |
Namun perkara itu bukanlah pelik kerana bapa Goto sendiri, Bulking, 69, yang telah berkahwin sebanyak tiga kali dan dikurniakan 10 anak turut menamakan anak-anak yang lain menggunakan bahasa Inggeris.
Antaranya, August Dedy My House, 40; Happy New Year, 37; Rudy A Good Boy, 29; Friday Back To School, 6 dan Effendy My School yang berusia 13 bulan.
Nama-nama itu juga bersesuaian dengan bulan kelahiran mereka contohnya Friday dilahirkan pada hari Jumaat manakala August dilahirkan pada bulan Ogos.
Bulking bercadang untuk menamakan anak perempuannya Tutut In The Classroom namun setelah berbincang dengan isterinya, dia memilih perkataan ‘room’ atau ‘rum’ sebagai nama bayi itu iaitu Tutut Ermaningrum.
‘Ning’ dalam bahasa Jawa bermaksud ‘dalam’ namun nama itu boleh juga ditafsirkan sebagai Ningrum yang bermaksud ‘in the classroom’.
Sementara itu Bulking mendapat namanya daripada bapanya yang bermaksud lembu jantan kerana bapanya merupakan aktivis Parti Kebangsaan Indonesia yang menggunakan lambang lembu selain meminati Bung Karno.
Namun kerana nama itu, dia sering diejek dan ekoran tidak tahan dengan hinaan itu Bulking berpindah ke Wilayah Borobudur dan nekad tidak mahu pulang ke kampungnya di Salamkanci, wilayah Bandongan.
Menurut Bulking, dengan memiliki nama unik dia berharap anak-anaknya tidak terus menetap di kampung halaman mereka sebaliknya berhijrah dan membina kehidupan yang lebih berjaya di tempat baru.
Dia sering menggunakan perkataan ‘school’ untuk mengingatkan anak-anaknya supaya pergi ke sekolah dan belajar bersungguh-sungguh.
Impiannya menjadi kenyataan apabila kini Goto memegang jawatan tinggi sebagai brigadier di unit polis bandar Magelang.
Malah bagi meneruskan tradisi itu, Goto turut menamakan anak lelaki sulungnya yang berusia empat tahun sebagai Virgenio Silvero Goes To Paradise.
“Dengan memberi nama itu saya berharap anak saya menjadi kenderaan untuk saya ke syurga,’’ katanya.
Anak lelakinya yang kedua diberi nama Lucky Star Beloved Mother namun bayi itu meninggal semasa berusia empat hari. – Kompas.com
No comments
Post a Comment