Kasihan!!..Hanya Kerana Lewat Temujanji,Kanak-kanak DiBiar Mati Oleh Doktor
LONDON - Kanak-kanak perempuan berusia lima tahun meninggal dunia akibat serangan penyakit asma yang dihidapinya selepas doktor enggan merawatnya apabila lewat tiba hanya beberapa minit untuk temujanji.
Doktor berkenaan dikatakan masih bertugas di selatan Wales selepas diberi amaran kerana masalah disiplin susulan perbicaraan terhadapnya, lapor media tempatan.
Ellie-May Clark yang menetap di Newport dijadualkan menemui Dr Joanne Rowe pada pukul 5 petang pada 26 Januari 2015 selepas diserang asma.
Kanak-kanak warga Britain itu telah beberapa kali berdepan serangan penyakit sama sejak enam bulan lalu.
Ia adalah temujanji mengejut, tetapi Dr Rowe menolak untuk menemui budak perempuan itu dan ibunya kerana lewat tiba di kliniknya.
Clark berkata, mereka hanya terlewat kira-kira empat minit, manakal laporan rasmi menyebut mereka tiba lapan minit lewat daripada masa yang ditetapkan.
Sebaik tiba, penyambut tetamu sibuk dengan tugasnya dan hanya pada 5.18 petang dia menghubungi Dr Rowe bertanya sama ada dia mahu menemui Ellie-May atau sebaliknya.
Dr Rowe berkata, pesakitnya lewat lebih 10 minit dan sebab itu dia enggan menemui mereka.
Mereka diminta datang semula ke klinik itu pada pagi keesokkan harinya.
Seorang lagi doktor di klinik sama bagaimanapun mempersoalkan keputusan itu kerana ia temujanji mengejut, kata laporan itu.
Pada pukul 10.35 malam hari sama, Clark menemui Ellie-May dalam keadaan tidak bernyawa selepas dipercayai diserang asma lagi. Kanak-kanak itu dikejarkan ke hospital tetapi telah meninggal dunia.
Susulan itu, doktor berkenaan diberi amaran selepas perbicaraan tertutup diadakan berkaitan kes berkenaan.
Nenek Ellie-May, Brandi memberitahu media, Dr Rowe langsung tidak meminta maaf atas perbuatannya.
MstarOnline

No comments
Post a Comment