Terkini

Remaja DiTangkap Ibu Sendiri Ketika Sedang 'Ratah' Budak Lelaki

NEW DELHI - Seorang ibu di India tidak menyangka anak lelakinya merupakan seorang kanibal atau pemakan daging manusia apabila mencekup anaknya itu yang sedang meratah seorang budak lelaki berusia tujuh tahun.

Remaja DiTangkap Ibu Sendiri Ketika Sedang 'Ratah' Budak Lelaki
Nazim Miyan, suspek kes culik dan bunuh 

Menurut portal Mirror, suspek, Nazim Miyan yang berusia dalam lingkungan 20-an, dipercayai mengumpan mangsa, Mohammad Monis untuk memasuki rumahnya ketika budak tersebut sedang bermain bersama rakannya di luar.

Miyan juga dituduh membunuh budak tersebut dengan memenggal kepalanya sebelum merobek dan meratah perut mangsa.

Polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati tubuh mangsa terlentang di atas lantai bilik suspek.

Miyan berada di tepi mayat mangsa ketika ditahan dan menyerah diri tanpa melawan.

Remaja DiTangkap Ibu Sendiri Ketika Sedang 'Ratah' Budak Lelaki
Mayat mangsa dibalut dengan kain.
Namun selepas ditahan, beratus-ratus penduduk berkumpul di luar balai polis di Amariya dekat negeri Uttar Pradesh, utara India.

Mereka cuba menyerang Miyan dan mahu suspek dibunuh atas jenayah yang dilakukannya.

Ketika disoal siasat, Miyan memberi maklum balas yang sukar difahami dan polis percaya suspek mengalami masalah mental.
Dia kini didakwa atas tuduhan membunuh dan menculik.

Sumber - MstarOnline

No comments