Warga China Kantoi Pukau Orang, Diikat Di Pokok
PUCHONG - Seorang wanita warga China yang diberkas orang ramai diikat di pokok selepas kantoi melakukan perbuatan pukau dan membawa lari barangan berharga milik seorang pengunjung di pasar pagi di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, mangsa berusia 58 tahun ke pasar di Taman Wawasan 2, Pusat Bandar Puchong di sini untuk membeli barangan keperluan.
Mangsa didatangi seorang wanita yang mendakwa kononnya anaknya sakit dan meminta mangsa menemaninya membawa anaknya bertemu dengan rakannya di kawasan berhampiran.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, ketika mangsa berkomunikasi dengan suspek pertama, datang seorang lagi wanita meminta bantuannya untuk betemu rakannya di kawasan berhampiran itu.
Menurutnya, pada mulanya mangsa enggan menuruti kemahuan suspek kerana berasa takut berlaku sesuatu terhadap dirinya.
“Seorang daripada suspek terus pegang tangan mangsa dan merayunya menolong mereka.
“Tiba-tiba mangsa bersetuju mengikut kedua-dua wanita berkenaan bertemu seorang lagi rakan suspek di kawasan berhampiran,” katanya.
Megat Mohammad berkata, suspek ada bertanya kepada mangsa sama ada terdapat sesiapa di rumahnya sebelum meminta mangsa membuka barangan kemas dipakai.
“Ketiga-tiga mereka kemudian melarikan rantai emas beserta loket kristal, gelang tangan emas dan gelang tangan kristal milik mangsa.
“Suspek meletakkan barangan bernilai lebih RM10,0000 ke dalam beg mereka sebelum menghilangkan diri dari kawasan terbabit,” katanya.
Tidak sampai 30 minit selepas kejadian berlaku, Megat Mohammad berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai yang memaklumkan seorang wanita dipercayai terlibat dengan aktiviti pukau ditangkap berdekatan pasar pagi itu.
“Hasil pemeriksaan mendapati suspek seorang warganegara China, dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk tindakan lanjut,” katanya kes disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sinar Harian
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, mangsa berusia 58 tahun ke pasar di Taman Wawasan 2, Pusat Bandar Puchong di sini untuk membeli barangan keperluan.
Mangsa didatangi seorang wanita yang mendakwa kononnya anaknya sakit dan meminta mangsa menemaninya membawa anaknya bertemu dengan rakannya di kawasan berhampiran.
Menurutnya, pada mulanya mangsa enggan menuruti kemahuan suspek kerana berasa takut berlaku sesuatu terhadap dirinya.
“Seorang daripada suspek terus pegang tangan mangsa dan merayunya menolong mereka.
“Tiba-tiba mangsa bersetuju mengikut kedua-dua wanita berkenaan bertemu seorang lagi rakan suspek di kawasan berhampiran,” katanya.
Megat Mohammad berkata, suspek ada bertanya kepada mangsa sama ada terdapat sesiapa di rumahnya sebelum meminta mangsa membuka barangan kemas dipakai.
“Ketiga-tiga mereka kemudian melarikan rantai emas beserta loket kristal, gelang tangan emas dan gelang tangan kristal milik mangsa.
“Suspek meletakkan barangan bernilai lebih RM10,0000 ke dalam beg mereka sebelum menghilangkan diri dari kawasan terbabit,” katanya.
Tidak sampai 30 minit selepas kejadian berlaku, Megat Mohammad berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai yang memaklumkan seorang wanita dipercayai terlibat dengan aktiviti pukau ditangkap berdekatan pasar pagi itu.
“Hasil pemeriksaan mendapati suspek seorang warganegara China, dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk tindakan lanjut,” katanya kes disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sinar Harian
No comments
Post a Comment