Terkini

Servis "Unik" Gadis Rusia Usia 21 Tahun Hasilkan Pendapatan Lumayan

SEORANG remaja perempuan Rusia tampil dengan idea unik untuk menjana pendapatan apabila menawarkan perkhidmatan memanaskan tilam bagi golongan lelaki bujang.

Servis "Unik" Gadis Rusia Usia 21 Tahun Hasilkan Pendapatan Lumayan

Viktoria Ivachyova, 21, mengenakan bayaran sebanyak 4,900 rubi (RM363) semalam atau 102,700 rubi (RM7,525) sebulan hanya untuk baring di atas tilam pelanggannya bagi memastikan ianya panas.

Malah kebiasaannya, Ivachyova akan berbaring selama sejam untuk memanaskan tilam tersebut menggunakan tenaga positif sebelum pelanggannya dapat tidur dengan nenyak.

Percaya atau tidak, remaja itu sudah memiliki 10 pelanggan dan jumlah tersebut dijangka meningkat susulan publisiti percuma yang diberikan media selepas perkhidmatannya itu dilaporkan kepada umum.

Bagi menghadapi permintaan yang tinggi, Ivachyova sudah membentuk sepasukan 'wanita pemanas tilam' untuk melaksanakan tugas tersebut.

Perkhidmatan yang ditawarkan Ivachoya tidak melibatkan sebarang sentuhan fizikal dengan pelanggannya.

Malah dia turut membawa alat keselamatan 'butang panik' untuk menghubungi pihak berkuasa jika pelanggannya cuba melakukan perkara buruk ke atas dirinya.


MstarOnline




No comments