Terkini

Video : Suara Tangisan Selamatkan Anak Yang Tertimbus

Damascus (Syria) -  Anggota Pertahanan Awam Syria berjaya menyelamatkan kanak-kanak perempuan yang ditimbus akibat runtuhan selepas pembedilan di Tishreen di sini.

Video : Suara Tangisan Selamatkan Anak Yang Tertimbus

Dalam video ATPN yang disiarkan The Telegraph, anggota yang dikenali sebagai 'The White Helmets' kelihatan bertungkus-lumus mengalihkan tanah dan batu kecil yang menimbus kanak-kanak malang itu sambil tangisannya turut kedengaran.

Selepas beberapa minit, mereka berjaya mengeluarkan kanak-kanak bernama Aya daripada runtuhan.

Aya dibawa ke hospital bagi mendapat rawatan lanjut namun keadaannya tidak diketahui setakat ini.

Sukurang-kurangnya 10 orang dilaporkan cedera selepas ibu kota itu dibedil tentera rejim Syria.


Sementara itu, aktivis Hamza Abbas memberitahu AFP, semalam masuk hari ketiga pembedilan terhadap kawasan pejuang antikerajaan di Damascus.

"Pembedilan ini mensasarkan tiga kawasan iaitu Qabun, Barzeh dan Tishreen," katanya.


Sumber : MyMetro





No comments