Terkini

Video : Skandal Suami DiBogel Dan DiSeret Tanpa Seurat Benang

SEORANG isteri yang berang dicurangi suaminya, bertindak membogelkan skandal suaminya dan mengheret wanita itu di jalanan tanpa seurat benang di tubuhnya.

Video : Skandal Suami DiBogel Dan DiSeret Tanpa Seurat Benang

Gambar insiden yang dirakamkan di Sao Paolo, Brazil itu mula menjadi tular selepas dikongsikan netizen di laman sosial.

Menurut saksi, kejadian itu berlaku selepas sang isteri menangkap suaminya dan wanita itu di atas katil bilik tidur mereka.

Wanita yang dibogelkan itu kemudiannya diarak di jalanan dalam tujuan untuk memalukan dirinya kerana mempunyai hubungan dengan suami orang.

Pihak polis kemudiannya membuka kertas siasatan berhubung kes tersebut dan mangsa mengakui dia langsung tidak mengetahui status kekasihnya itu yang merupakan suami orang sepanjang lima bulan mereka bercinta.


Susulan itu, polis kini dilaporkan sudah melakukan soal siasat terhadap si isteri yang secara membabi buta melakukan serangan terhadap wanita tersebut sekali gus mencabul hak asasi manusia.-mynewshub.cc


No comments