Video : Bayi Maut Tercampak Dari Kendongan Ibunya Ketika Turun Eskalator
Hanya kerana jubahnya tersangkut ketika menaiki eskalator, seorang ibu muda berdepan situasi memilukan apabila bayi yang dikendongnya maut terjatuh pada ketinggian 12 meter.
Kejadian itu berlaku ketika ibu dan anak itu sedang menuruni eskalator di pusat membeli-belah O'zbegim di Uzbekistan.
Gambar daripada kamera keselamatan yang dimuatnaik ke laman sosial menunjukkan wanita itu sedang turun dari eskalator dari aras empat sambil tangan kanannya mendukung bayi itu, manakala tangan kirinya memegang seorang lagi anaknya.
Dengan tidak semena-mena, jubahnya tersangkut pada eskalator menyebabkan dia tidak stabil sekali gus bayinya terlepas dari tangannya dan terjatuh.
The Daily Mail melaporkan, kru kecemasan bergegas ke lokasi tetapi gagal menyelamatkan bayi berkenaan.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila insiden tragik itu berlaku, begitu juga jantina bayi berkenaan juga tidak dapat diketahui sama ada lelaki atau perempuan. - The Straits Times
Kejadian itu berlaku ketika ibu dan anak itu sedang menuruni eskalator di pusat membeli-belah O'zbegim di Uzbekistan.
Gambar daripada kamera keselamatan yang dimuatnaik ke laman sosial menunjukkan wanita itu sedang turun dari eskalator dari aras empat sambil tangan kanannya mendukung bayi itu, manakala tangan kirinya memegang seorang lagi anaknya.
The Daily Mail melaporkan, kru kecemasan bergegas ke lokasi tetapi gagal menyelamatkan bayi berkenaan.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila insiden tragik itu berlaku, begitu juga jantina bayi berkenaan juga tidak dapat diketahui sama ada lelaki atau perempuan. - The Straits Times
No comments
Post a Comment