Terkini

Batal penerbangan : Rayani Air tidak sepatutnya buat spekulasi - Menteri Pengangkutan

Syarikat penerbangan Rayani Air tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan bersifat spekulasi berhubung isu cermin kokpit pesawat Boeing 737 miliknya retak sehingga terpaksa membatalkan dua penerbangan dari Langkawi ke Kuala Lumpur, Selasa lalu.

Batal penerbangan : Rayani Air tidak sepatutnya buat spekulasi - Menteri Pengangkutan

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata dakwaan kejadian itu ada unsur sabotaj boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai, selain menggugat keselamatan negara.

"Rayani Air tidak sepatutnya buat spekulasi mengatakan ia (retak) sabotaj. Jika pesawat disabotaj, ia satu isu besar dan serius," katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan Buddha Merlimau di Taman Merlimau Emas, di sini, hari ini.

Pembatalan dua penerbangan itu menyebabkan lebih 200 penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Tiong Lai berkata, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) bagaimanapun masih belum menerima laporan siasatan awal berhubung dakwaan berkenaan, namun menjangka ia dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.-BHarian

No comments