Khalwat : kadar sewa yang mahal sebagai alasan untuk tinggal bersama
AMPANG - Sekumpulan tujuh individu termasuk tiga wanita dicekup dalam operasi cegah maksiat oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor dan Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah, di sebuah rumah, di sini, tengah malam semalam.
Mereka memberi alasan kadar sewa yang mahal sebagai sebab untuk tinggal bersama-sama sejak sebulan lalu.
Pegawai Masjid Al-Azim berkata, Ahmad Nawi Othman berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota penguat kuasa agama menyerbu sebuah rumah dua tingkat di Pandan Indah, di sini, kira-kira jam 12.45 tengah malam.
Ahmad Nawi berkata, pihaknya mendapati seorang wanita berkemban dengan tuala keluar dari bahagian dapur rumah tersebut, sebelum empat lelaki turun dari tingkat atas rumah berkenaan untuk membuka pintu rumah.
“Pemeriksaan lanjut mendapati, dua lagi wanita berada dalam salah sebuah bilik di tingkat atas rumah itu,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya juga mendapati, pakaian wanita dan lelaki bercampur di tiga daripada empat bilik rumah tersebut.
“Kesemua yang ditahan itu pekerja swasta, mereka mengenali antara satu sama lain sejak setahun lalu. Salah seorang lelaki yang ditahan memberi alasan kerap kerja di luar kawasan dan terpaksa bermalam di rumah tersebut bersama teman wanitanya.
“Teman wanita kepada lelaki tersebut mendakwa kadar sewa yang dikenakan sebulan adalah RM1,500 ,” katanya.
Kesemua mereka yang berusia lingkungan 24 hingga 32 tahun itu dibawa ke Balai Polis Pandan Indah.
Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.- sinar online

No comments
Post a Comment