Terkini

Batu Jed Gergasi Bernilai RM715 Juta DiTemui Di Myanmar

YANGON - Sebuah batu jed gergasi seberat 175 tan ditemui oleh pelombong di Myanmar.

Batu Jed Gergasi Bernilai RM715 Juta DiTemui Di Myanmar

Objek sepanjang 5.8 meter dan setinggi 4.3 meter itu serta dianggarkan bernilai AS$170 juta (RM715.02 juta) ditemui di bahagian utara negara berkenaan.

Myanmar menjadi sumber batu jed utama dunia dengan kualiti terbaik, iaitu batu hijau yang hampir ditembusi cahaya. Industri perlombongan batu ini menyumbang hampir separuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu.

Salah sebuah pasaran terbesarnya adalah negara jiran China yang menganggap batu itu sebagai batu syurga. - AGENSI/BeritaHarian

No comments