Terkini

Jururawat Dirogol, DiCampak Tepi Jalan Separuh Bogel

Seorang jururawat muda yang berhibur dengan dua kenalan lelaki yang baru dikenali di sebuah pusat karaoke berakhir dengan dia dibuang di tepi jalan di kawasan perindustrian Bleteh, Kapit, Sarawak selepas dipercayai dirogol secara bergilir-gilir.

Jururawat Dirogol, DiCampak Tepi Jalan Separuh Bogel

Semasa ditemui pada pukul 6.30 pagi kelmarin, jururawat desa di sebuah pusat kesihatan di daerah ini dalam keadaan terbaring separuh bogel dan tidak sedarkan diri, dipercayai kerana terlalu mabuk.


Penemuan mangsa yang ber­usia 22 tahun itu menimbulkan perhatian orang ramai yang lalu-lalang di kawasan perindustrian tersebut.

Sebelum ke­jadian, mangsa di­kata­kan berhibur ber­sama dua kenalan lelaki yang baru dikenali di sebuah pusat karaoke di sini.

Jururawat Dirogol, DiCampak Tepi Jalan Separuh Bogel

Bagaimanapun, selepas berhibur di dua buah pusat karaoke pada malam sama, mangsa kemudian dipercayai diperkosa oleh kedua-dua kenalannya yang dikatakan pekerja kilang.

Selepas dinodai mangsa di­percayai sengaja ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan separuh bogel dan tidak sedarkan diri.



No comments