Terkini

Siapa Nak "Nasi Lemak Pink" Saya, Bolehlah Ke Janda Baik - Dr.Vida

PENGUSAHA produk kecantikan, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) tidak asing lagi dalam kalangan masyarkat baik dewasa mahupun kanak-kanak.

Siapa Nak "Nasi Lemak Pink" Saya, Bolehlah Ke Janda Baik - Dr.Vida

DSV berjaya mencipta fenomena tersendiri menerusi empayar perniagaan kosmetik dan kesihatan yang diceburinya lebih 20 tahun lalu.

Kelibat wanita ini sering menjadi tumpuan di kaca televisyen kerana gemar berpakaian glamor dan bling bling yang sudah menjadi identiti jutawan kosmetik ini.

Menerusi page Dato Seri Vida Fans di laman sosial Facebook, satu video pendek berdurasi 30 saat memaparkan DSV kini mempromosikan ‘produk’ terbaharu keluaran syarikatnya iaitu ‘Nasi Lemak Pink’.

Menurut DSV melalui video tersebut, ‘Nasi Lemak Pink’ itu akan dijual olehnya di sekitar simpang tiga Janda Baik, Pahang.


“Siapa yang nak rasa nasi lemak saya. Yang kebetulan lalu di simpang 3 Janda Baik… Boleh singgah beli… Nasi lemak pink saya.

“So siapa nak rasa nasi lemak saya yang pasti mengancam dap erhhhh. Bolehlah ke simpang 3 Janda Baik,” katanya.

Video yang dimuat naik pada semalam telah ditonton lebih 19.2K menerusi Instagram peribadi DSV.

Rata-rata peminatnya memberikan sokongan padu buat DSV dengan menyatakan keterujaan untuk mencuba nasi lemak pink tersebut.


No comments