Terkini

Jijik!! Tikus Dalam Timbunan Cili Kering Di Pasaraya

JIJIK campur mengelikan! Seorang wanita yang sedang membeli barang keperluan dapur terkejut besar apabila melihat beberapa ekor tikus berada dalam timbunan cili kering di sebuah pasar raya terkenal.

Jijik!! Tikus Dalam Timbunan Cili Kering Di Pasaraya


Wanita yang dikenali sebagai Winnie Tan itu kemudian memuat naik gambar tersebut menerusi laman Facebooknya.

Menurut Winnie, gambar itu diambil di sebuah pasar raya di Kuala Terengganu.

Winnie turut mendakwa terdapat kira-kira 10 ekor tikus berada di dalam bekas berkenaan.

Jijik!! Tikus Dalam Timbunan Cili Kering Di Pasaraya
Pendedahannya itu sekali gus tersebar menjadi viral di media sosial dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Rata-ratanya menzahirkan rasa jijik bercampur geli membayangkan makanan yang telah dicemari haiwan perosak itu.

Berikutan itu, netizen meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pasar raya terkenal itu kerana mengabaikan kebersihan.

No comments