Terkini

Awie DiHimpit Ketakutan Akibat DiSerang Penyakit Misteri

KUALA LUMPUR - Ketika menanti hari untuk bernikah, penyanyi Awie dihimpit ketakutan apabila penyakit misteri turut menyerang bakal isteri dan anak-anaknya.

Awie DiHimpit Ketakutan Akibat DiSerang Penyakit Misteri

Awie atau Ahmad Azhar Othman, 48, berkata, dia beranggapan penyakit itu berpunca daripada sihir manusia yang tidak senang melihat kebahagiaan dia sekeluarga.

“Kesakitan ini sering berlaku ketika saya hendak memulakan kerja dan ketika saya berada di rumah, kaki kanan saya nak pijak lantai pun sakit sehingga memaksa saya memakan ubat tahan sakit selama sebulan.

“Bila ke klinik doktor sahkan gout tetapi saya tak rasa begitu kerana tiada simptom-simptom gout seperti yang diberitahu doktor. Jadi saya tahu ia bukanlah sakit biasa tetapi ada kaitan dengan unsur-unsur mistik yang perlu dirawat melalui kaedah tertentu,” katanya kepada mStar Online.


Awie bakal berkahwin dengan seorang wanita bernama Sharifah Ladyana pada Jumaat ini di satu lokasi yang dirahsiakan.

Menurut Awie, dia tidak kisah jika penyakit itu hanya terkena kepadanya namun ia turut terpalit kesannya kepada anak dan bakal isteri sehingga mereka mengalami muntah-muntah dan gatal-gatal badan.

Dalam pada itu, Awie berkata, dua pengamal perubatan yang dibawakan dari Indonesia mendapati ada unsur-unsur khianat di rumahnya apabila pihak tidak bertanggungjawab menggunakan pasir kubur dan abu mayat yang dipercayai ditaburkan di sekeliling rumah dia.

"Lebih pelik, pernah terjadi rumah saya berbau bangkai yang sangat kuat terutamanya di bilik anak perempuan saya selain saya sendiri beberapa kali melihat kelibat yang menakutkan di dalam rumah sekalipun saya sendiri sudah berpindah ke rumah baru,” katanya.

Tambahnya lagi, antara kaedah rawatan yang dilaluinya kini dia serta anak-anak dan bakal isteri diberi minum air kelapa oleh pengamal perubatan sebelum mengalami muntah yang luar biasa selepas itu.

“Saya tak pasti berapa lama lagi kami akan melalui situasi getir ini tetapi selagi nyawa saya masih ada, saya tidak akan berputus asa untuk terus berubat,” katanya.

MstarOnline

No comments