Terkini

Video : Anak Maut DiHempap Bapa

RAKAMAN kamera litar tertutup (CCTV) di China merakamkan aksi seorang bapa mengheret anaknya di belakangnya ketika berjalan menyelusuri sebuah pasar raya.

Video : Anak Maut DiHempap Bapa

Namun tindakan itu mengundang nasib malang pada anak lelakinya apabila kemudian si bapa dirakam terjatuh menghempap si kecil itu.

Menurut sebuah laman antarabangsa, tindakan si anak yang menarik tangan si bapa menyebabkannya hilang keseimbangan badan lalu jatuh ke atasnya secara tidak sengaja.

Menerusi video yang tersebar, seorang wanita yang kebetulan berada berhampiran dengan pasangan bapa dan anak itu pantas menghulurkan bantuan.


Wanita berkenaan juga dilihat merangkul kanak-kanak itu yang sudah dalam keadaan terkulai sebelum diserahkan kepada bapanya.

Menurut South China Morning Post yang memetik laporan daripada Guangzhou Television, kanak-kanak malang itu dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

Tambah laman itu, kanak-kanak malang itu meninggal dunia kerana mengalami patah leher akibat dihempap bapanya.

Video berkenaan menjadi viral di negara China menerusi media sosial mengingatkan ibu bapa supaya berhati-hati kerana bahaya ada di mana-mana sahaja. – MYNEWSHUB.CC

No comments