Terkini

Polis Sedang Mengesan 2 Lelaki Yang Pukul Kakitangan SAJ

Seorang kakitangan SAJ Holdings Sdn Bhd (SAJ) diserang oleh dua lelaki yang tidak berpuas hati selepas bekalan air ke sebuah rumah di Kampung Melayu, dekat Kulai, di potong petang Selasa.

Polis Sedang Mengesan 2 Lelaki Yang Pukul Kakitangan SAJ

Berikutan itu, polis sedang mengesan dua lelaki terbabit selepas video insiden itu viral di laman Facebook (FB) sejak jam 4 petang tadi.

Video berdurasi 15 saat itu menayangkan seorang kakitangan SAJ yang berada di atas motosikal ditumbuk seorang lelaki manakala seorang lagi menendang dan merampas topi keledar mangsa.

Ia dipercayai berlaku apabila suspek tidak berpuas hati dengan tindakan kakitangan SAJ itu memotong bekalan air di kawasan Kampung Melayu di sini.

Kejadian itu dipercayai dirakam seorang lagi kakitangan SAJ yang bertugas.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Razak Md Said, ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung insiden terbabit.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai akibat kakitangan syarikat utiliti itu membuat pemotongan bekalan air selepas terdapat tunggakan bil di rumah suspek.


"Kakitangan SAJ itu dipukul oleh dua lelaki dipercayai pemilik rumah di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, kita dalam usaha mengesan dua lelaki terbabit yang dipercayai kini sudah melarikan diri.

"Mangsa dirujuk ke Hospital Kulai dan mendapati dia mengalami kecederaan ringan," katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506 kanun yang sama kerana melakukan ugutan.

Sementara itu, jurucakap SAJ, ketika dihubungi, memaklumkan mereka hanya sedar kejadian itu selepas melihat video berkenaan dalam laman sosial.

"Kami masih menyiasat perkara ini kerana sehingga kini kami tidak menerima apa-apa laporan daripada mangsa walaupun difahamkan laporan polis sudah dibuat," katanya, memetik laporan BH Online.





No comments