Terkini

Ibu Bapa Korbankan Nyawa Demi Selamatkan Anak Bawah Runtuhan

BEIJING - Sepasang suami isteri sanggup mengorbankan diri demi melindungi anak perempuan mereka ketika terperangkap dalam kejadian bangunan runtuh di timur China pada Selasa.

Ibu Bapa Korbankan Nyawa Demi Selamatkan Anak Bawah Runtuhan

Menurut laporan Mail Online, ketiga-tiga mangsa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan tetapi pasangan suami isteri itu dilaporkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

Kanak-kanak berusia tiga tahun itu dinamakan sebagai Wu Ningxi terselamat dan hanya mengalami cedera ringan.

Ketika ditemukan pasukan penyelamat, Ningxi didakap oleh bapanya yang menggunakan badan untuk melindungi kanak-kanak tersebut ditimpa serpihan simen yang tebal.

Sekurang-kurangnya 22 orang dilaporkan terbunuh dalam kejadian yang berlaku pada 10 Oktober lalu di Lucheng dekat kawasan perindustrian Wenzhou City, wilayah Zhejiang.

Berdasarkan laporan media tempatan, bangunan terbabit yang didiami pekerja yang berhijrah dari wilayah lain di China.

Pasukan penyelamat masih mengumpul maklumat tentang jumlah mangsa yang terperangkap dan operasi menyelamat terus dijalankan.


MstarOnline

No comments