Terkini

Kakak Tua Dedah Hubungan Sulit Majikan

Kuwait City - Seorang lelaki nyaris dipenjara selepas burung peliharaannya mendedahkan hubungan sulitnya dengan pembantu rumahnya.

Kakak Tua Dedah Hubungan Sulit Majikan
Gambar Hiasan


Ia berlaku selepas burung kakak tua yang dipeliharanya mengulangi ungkapan cinta antara dia dan pembantu rumah berkenaan di hadapan isterinya.

Menurut akhbar Al-Shahed, si isteri sebelum itu memang mengesyaki suaminya ada hubungan dengan pembantu rumah mereka.

Apabila burung itu mula mengulangi ungkapan cinta yang dia percaya perbualan suaminya dengan pembantu rumah terbabit, si isteri membuat laporan polis.

Menjalinkan hubungan secara haram antara lelaki dan wanita dianggap perbuatan jenayah di Kuwait dan pesalah boleh dihukum penjara atau kerja keras.

Bagaimanapun, lelaki itu bernasib baik kerana pihak berkuasa enggan menerima kakak tua itu sebagai saksi kerana tidak ada bukti untuk menunjukkan burung itu tidak meniru perbualan dalam rancangan radio atau televisyen.

Kes itu ditolak walaupun si isteri berkata, dia memang mengesyaki suaminya curang kerana setiap kali pulang kerja secara mengejut, suaminya kelihatan cemas.

Ini bukan kali pertama seekor kakak tua membongkar kecurangan tuannya.

Pada 2006, seekor burung itu mendedahkan hubungan sulit tuannya, Suzy, dengan seorang rakan sekerja apabila dia menjerit ‘Saya cinta kamu Gary’ di hadapan teman lelaki wanita itu yang bernama Chris. - Agensi/MyMetro




No comments