Konon Sibuk Dengan Bisnes, Tapi Rupanya Ada Orang Ketiga!
Berat untuk saya meneruskan perhubungan suami isteri lagi kerana saya terasa seperti dikhianati oleh suami dengan perlakuannya. Selama ini saya banyak bersabar. Apa yang diminta suami, saya tunaikan termasuklah berhenti kerja, biarpun saya sudah ada jawatan dan gaji yang baik ketika itu.
Untuk makluman, saya kenal suami ketika di universiti lagi. Kami kenal di luar negara dan apabila balik ke tanah air, kami ambil keputusan untuk bernikah. Saya dan suami peroleh jawatan dan gaji yang baik, namun kata suami dia mahu lakukan lebih lagi agar ijazah dalam perniagaan yang ada padanya dapat diaplikasikan.
Demi suami yang beria-ia, kami sama-sama membuat pinjaman bank selepas 10 tahun bekerja. Dia berhenti kerja kerana mahu uruskan bisnes sepenuh masa dan saya masih lagi bekerja.
Alhamdulillah, ternyata suami memang berjaya dalam perniagaannya. Dia menguruskan perniagaan jual beli untuk syarikat petroleum. Masanya memang sibuk dan setahun sekali kami semua akan bercuti ke luar negara. Kereta mewah dan rumah juga kata orang menyenangkan. Namun masa kami sekeluarga, saya akui sangat terhad kerana suami sentiasa sibuk dengan urusan perniagaannya. Dari satu perniagaan, dia membuka cabang perniagaan lain. Secara luarannya, memang nampak kami keluarga senang dan mewah tetapi sesekali hati saya terdetik juga adakah suami takkan berubah hati?
Mula-mula perasaan ini hadir, saya tepis dengan beristighfar. Saya takut kalau ia menjadi kenyataan kerana saya sememangnya tidak suka untuk berkongsi kasih sayang. Di pejabat, ada kalanya kami berbual dengan teman-teman tentang lelaki curang dan memang ada yang menderita hati dan perasaan kerana perlakuan curang suami mereka. Saya sering kali menzahirkan rasa simpati bila berlaku kes sebegini.
Tapi ternyata apa yang saya takuti itu menjadi. Kesibukan suami menjadi-jadi dan bila ditanya dia kata urusan perniagaan. Tetapi saya pelik, kalau dahulu dia masih ada masa tetapi kini sibuknya melampau-lampau. Bila ditanya, asyik marah-marah saja. Suami juga sering ke luar negara dan biasanya sampai berminggu-minggu. Yang sering dia pergi Filipina.
Syak wasangka saya mulai bertambah bila saya lakukan siasatan sendiri. di belakang bonet kereta saya temui kondom yang masih belum berpakai. Rasa curiga itu bertambah kerana setahu saya, suami bukanlah orang yang suka memakai alat perlindungan seperti itu. Jadi apa kaitannya dengan kondom yang saya temui itu di bonet keretanya. Dalam pada itu, saya perasan, sehelai demi sehelai baju dan seluar suami tiada. Biasa saya yang kemaskan baju-bajunya. Sudah tentu saya tahu jumlahnya tetapi suami sering menafikan dan katanya baju-baju itu dihantar ke dobi.
Tapi sikap curiga saya semakin bertambah bila mana anak-anak yang masih belum mengerti mahu meminjam telefon bimbitnya untuk bermain games, tetapi melarang mereka memegang telefon bimbitnya itu. Sedangkan dia tidak begitu sebelumnya. Dalam pada itu, suami meminta saya berhenti kerja. Katanya lebih senang saya uruskan hal anak-anak. Mulanya saya enggan kerana anak mulai membesar tetapi kata suami, dia mampu beri saya gaji lebih lagi dari gaji saya sekarang. Malas hendak berbalah, saya ikutkan kata suami dan berhenti kerja.
Tapi ternyata saya silap. Saya mulai bosan di rumah kerana suami juga kerap tiada di rumah. Kondom sering saya temui dan kali ini lebih tragis bila mana saya temui pakaian wanita di bonetnya. Saya tanya dan kami bergaduh berkenaan perkara itu. Malah suami juga menampar saya dan kami bergaduh besar. Ini kali pertama suami berkelakuan ganas. Dia mengaku ada kekasih Filipina dan kekasihnya itu sedang belajar mendalami Islam untuk memudahkan mereka berkahwin. Tapi kata suami, memang dia sering tidur bersama kekasihnya itu dan berharap saya dapat terima apa saja keputusannya.
Oleh:Nadia Mingguan Wanita

No comments
Post a Comment