‘Makcik Senapang’ Ronda Kampung Sendirian Buru Perogol, Pencabul
UTTAR PRADESH – Seorang wanita di Shahjahanpur di sini, digelar ‘wira’ apabila bertindak sendirian memburu perogol dan pencabul selain sentiasa meronda kawasan kampungnya dengan membawa senapang setelah pihak polis gagal membendung kejadian jenayah di kawasan tersebut.
Shahana Begum, 42, yang juga ibu kepada empat orang anak itu juga mendakwa berjaya mengurangkan serangan dan gangguan seksual di kawasan kampungnya sejak 2013.
Shahana yang digelar ‘Bandookwali Chachi’ atau ‘Makcik Senapang’ mula bertindak sendirian selepas menangkap tiga lelaki yang merogol seorang remaja perempuan.
Ketiga-tiga lelaki itu diserahkan kepada pihak polis dan memaksa mereka ‘menerima hukuman’ yang berakhir dengan salah seorang perogol mengahwini mangsa.
Shahana sering mengunjungi balai polis untuk bersemuka dengan pihak berkuasa yang tidak mengendahkan aduannya malah dia juga tidak gentar untuk mengacukan senapang ke muka penjenayah atau keluarga penjenayah.
Namun menurut laporan Mail Online, wanita itu yang kematian suaminya 17 tahun lalu, berasa bimbang dengan keselamatan anak perempuannya dan memutuskan untuk menjadi pemburu bagi melindungi wanita di kawasan berkenaan.
“Senapang adalah suami kedua yang saya perlukan sepanjang masa dan hasilnya sekarang tiada seorang lelaki yang berani mengganggu wanita di kawasan saya,” katanya.
Shahana berkata, penjenayah tahu yang dia tidak akan teragak-agak untuk menembak mereka kerana sikap tegasnya melindungi golongan wanita kampung sebagaimana seorang ibu melindungi anak-anaknya.
“Sejak saya mula bertindak, tiada lagi kedengaran kes-kes berkenaan dilaporkan kepada pihak polis malah mangsa akan terus datang kepada saya jika pihak polis gagal membantu kerana mereka tahu saya boleh menyelesaikan masalah ini,” ujarnya.
Wanita itu membeli senapang pertamanya pada 1999 dengan harga 15,000 rupee (RM801) di sebuah kedai menjual senjata di sini dan mula belajar menembak di kawasan padang kosong di belakang rumahnya.
UtusanOnline

No comments
Post a Comment