Terkini

Remaja Penggal Kepala Rakan Sebagai Bukti Cinta

Russia - Bagi membuktikan cintanya, seorang remaja belasan tahun memenggal kepala seorang remaja lain dan membawa kepala mangsa untuk ditunjukkan kepada teman wanitanya.

Remaja Penggal Kepala Rakan Sebagai Bukti Cinta
Artyom Shustov, 19 yang dipenggal kepala

Dalam kejadian awal minggu ini, Nikita Rasskazov, 16, memenggal kepala Artyom Shustov, 19, selepas menuduh mangsa cuba merogol teman wanitanya, Olena Matsneva, 17.

The Sun melaporkan menurut rakan Olena, gadis itu mengaku bermesra dengan Shustov sehingga lelaki itu cuba memaksanya melakukan seks. Keesokannya dia memberitahu kekesalannya mengenai kejadian itu kepada teman lelakinya, Rasskazov.


Sebelum pembunuhan itu, dua remaja lelaki itu yang saling mengenali, bersetuju berbincang mengenai tuduhan cuba merogol itu dan bertemu di satu taman membawa kepada pertengkaran.

Rasskazov mengeluarkan pisau dan menikam Shustov dua kali di belakang sebelum memenggal kepalanya.

Remaja Penggal Kepala Rakan Sebagai Bukti Cinta
Nikita Rasskazov, 16  dan teman wanitanya, Olena Matsneva, 17
Menurut media tempatan, Shustov masih bernyawa apabila remaja itu memotong kepalanya hingga putus, memasukkannya ke dalam plastik sampah dan menyimpannya dalam beg galasnya.

Selepas menarik mayat Shustov yang tanpa kepala ke bahagian lain taman, Rasskazov pulang ke rumah, menyembunyikan pakaiannya yang berlumuran darah dalam almari, mandi dan tidur.

Akhbar The Siberian Times melaporkan, keesokannya remaja itu ke rumah teman wanitanya, menceritakan mengenai tindakannya dan menunjukkan kepala Shustov kepada Olena.

Menurut polis, dia menunjukkan kepala itu kerana mahu membuktikan cintanya kepada gadis itu.

Rasskazov kemudian memasukkan kepala itu dalam beg galas bersama ketulan batu dan mencampaknya ke dalam Sungai Silinka.

Remaja itu mengaku memenggal mangsa ketika disoal siasat.


MyMetro


No comments