Wanita Hamil Dengan Peluru Dalam Badan DiTembak, Selamat Lahirkan Bayi
NEW DELHI - Seorang wanita yang sarat mengandung ditembak sebanyak tiga das ketika sedang tidur dalam kes cubaan membunuh, tetapi dia terselamat dan berjaya melahirkan anak walaupun beberapa peluru masih berada dalam tubuhnya.
Menurut portal Mail Online, mangsa dikenali sebagai Susheela Kumar dari Mahavir Colony di Haryana, India dan suaminya, Pradip diserang sekumpulan lelaki bersenjata ketika mereka sedang tidur di rumah.
Pradip, 27, dan ibu bapanya meninggal dunia dalam serangan yang berlaku pada Jumaat lalu.
Namun Susheela, yang sarat mengandung sembilan bulan, terselamat walaupun terkena tiga das tembakan di bahagian tangan, mulut dan perut.
Apabila kumpulan penyerang itu melarikan diri, jiran mangsa kemudiannya mendapatkan bantuan dan wanita berusia 27 tahun tersebut dibawa ke hospital berhampiran.
Susheela berjaya diselamatkan dan melahirkan anak menerusi pembedahan.
Serangan itu dikaitkan dengan 'pembunuhan bermaruah' selepas Susheela yang berasal dari keluarga kasta yang lebih tinggi mengahwini Pradip kira-kira empat tahun lalu walaupun hubungan mereka tidak mendapat restu keluarga wanita tersebut.
Pegawai polis yang menyiasat kes itu, Karambir Singh berkata, pihaknya percaya keluarga Susheela terlibat dalam pembunuhan tiga beranak tersebut dan siasatan masih lagi dijalankan.

No comments
Post a Comment