Terkini

Derita Isteri Bila Suami DiPenjara Kerana Kapur Kasut Anak

Kadang ada masa kita rasa cukup susah tetapi percayalah ada lagi orang lain yang berdepan dengan ujian sangat berat dan besar. Kos sara hidup makin meningkat, bayangkan komitmen sebuah keluarga jika seorang suami bekerja dengan pendapatan yang kecil.

Derita Isteri Bila Suami DiPenjara Kerana Kapur Kasut Anak

Namun dari sudut lain, pasti ada hikmah dan kita sendiri boleh bantu setakat mana yang mampu. Ikuti satu kisah sedih dari perkongsian saudara ABD GHANI HARON...

Kelmarin seorang wanita ini yg mendokong anak, berpeluh mercik dimuka berdiri dipintu rumah saya.

Katanya, "Cikgu, saya datang nak minta tolong. Saya dah pergi ke kebajikan masyarakat, mereka suruh datang minta pada cikgu sebelum permohonan saya diluluskan.Suami saya masuk penjara. "Dia terhenti, sebak dan teresak. Bila saya bertanya sebabnya, dalam teresak berkata,"Dia ambik duit toke seratus ringgit.Anak minta beli kapur kasut, dia minta pinjam pada toke,dia tak bagi.Kena penjara 5 bulan."Mungkin anak ditegur oleh guru kerana kasut tidak berkapur, tidak kelihatan bersih, itu yang membuat ayahnya serba salah dan mengambil tindakan yang salah.

Bila saya bertanya sama ada suami penagih, dia mengatakan tidak, bahkan tak merokok. Anak 3 orang yang kecik 1 tahun masih menyusu badan dan perlu nestum, seorang lagi di tadika dan yang sulong darjah 2 di SK Berapit.

Derita Isteri Bila Suami DiPenjara Kerana Kapur Kasut Anak

"Cikgu saya nak minta nestum untuk anak dan pampers, jika boleh beras dengan telur cukuplah untuk kami makan sementara tunggu suami keluar penjara. Saya nak kerja tak boleh kerana anak tak ada siapa boleh urus. "Giliran saya pula yg kena kesat air mata. Pengalaman mengajar saya bahawa jika yg datang meminta makan, apalagi bila yg diminta hanya beras dan telor, demi Allah dia berkata benar.

Saya dah hantar keperluannya dg wang sedekah jariah rakan fb saya. Saya mohon kpd mereka yg membaca status ini mungkin boleh menjengok keluarga ini Amidah Mohd Nor,297C Kampung Padang Buluh, Tikam Batu, Kedah. Telefon 01118665691 Masuk ikut balai bomba Tikam Batu, terus kehujung jalan ada deretan rumah sebelah kanan, rumah warna hijau.

Saya akan terus bantu keluarga ini dengan wang projek sedekah jariah rakan Facebook saya. Bagi anda yang nak menyumbang, bank in saja akaun biasa 557410515106 Maybank. Jika berlebihan akan diguna untuk sedekah kepada yang lain pula. Tolong jangan beri duit kepada saya khusus untuk keluarga ini kerana saya lebih suka bertindak atas jemaah, bukan untuk kepentingan seorang.

Sumber: Abgharonghani

No comments