Terkini

Kanak-kanak Dirogol Dan Dibunuh Sebelum DiSumbat Dalam Beg

LIMA - Polis Peru memburu seorang lelaki yang dipercayai merogol dan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun sebelum menyumbat mayat mangsa ke dalam sebuah beg pakaian.

Kanak-kanak Dirogol Dan Dibunuh Sebelum DiSumbat Dalam Beg

Beg tersebut ditemukan oleh sekumpulan kanak-kanak berdekatan Universiti Kebangsaan Peru di bandar Huancayo, wilayah Junin.

Mangsa dikenali sebagai Edith Paitan Quincho yang dalam perjalanan ke sekolah untuk menghadiri satu majlis bersama ibunya, tetapi penjaganya itu berpatah balik ke rumah untuk mengambil buku yang ditinggalkan anaknya.

Berdasarkan siasatan polis, mangsa dirogol dan dijerut sehingga mati menggunakan tali selain terdapat kesan tumbukan di bahagian mata kiri.

Ibu Paitan, Gudelia Quincho, 30, menyifatkan anaknya sebagai kanak-kanak riang dan dia berasa sangat sedih atas kehilangan tersebut.

"Dia sentiasa menari dan kini saya tidak mampu berkata apa-apa.

"Saya berasa amat sedih dengan apa yang dilalui oleh Paitan," katanya.

Siasatan kes itu masih diteruskan dan Kementerian Dalam Negeri Peru menawarkan ganjaran sebanyak RM25,000 bagi sesiapa yang dapat menyalurkan maklumat bagi menangkap penjenayah tersebut.

"Kes ini sangat mengejutkan saya.

"Saya akan memastikan si pelaku dikenakan hukuman berat dan kami turut menawarkan ganjaran untuk menangkapnya," kata Menteri Dalam Negeri, Carlos Basombrio.

MstarOnline



No comments