Kerana Memegang Al-Quran, Mereka Membuat Saya Terlihat Seperti Iblis - Lindsay Lohan
Bintang kontroversi Lindsay Lohan mendedahkan bahwa segelintir pihak menlemparkan pandangan seolah-olah dirinya iblis kerana tindakannya berjalan di khalayak sambil memengang sebuah Al-Quran.
Laporan media antarabangsa menyebut, Lidsay ketika di temubual oleh stesen televisyen Turki, Haber Turk, berkata, beliau mempunyai kawan yang berbangsa arab yang selalu menemaninya setiap kali dia berkunjung ke London. Temannya itulah yang telah memberikan kepadanya sebuah al-quran.
Apabila dia pulang ke New York, Amerika, dia turut membawa pulan Al-Quran itu dan terbuka hati untuk mempelajari dan mengetahui erti kandungannya.
Katanya, namun tindakannya itu dibalas dengan persepsi negatif apabila dia dilemparkan dengan pandangan seolah-olah dirinya iblis.
"Teman baik saya yang sering bersama-sama saya di London merupaka seorang yang berbangsa Arab Saudi dan dia yang memberi saya AlQuran.
"Saya membawa Al-Quran itu pulang ke New York untuk dipelajari. Saya terbuka hati untuk belajar dan memahami erti kandungannya. Dan inilah saya.
"Mereka 'mendiskriminasi' saya soal itu di Amerika. Mereka membuat saya terlihat seperti iblis. Sehinggakan saya berasa seperti saya orang yang sangat teruk kerana memegang Alquran. Disebabkan tu, saya keluar dari Amerika dan balik ke London kerana saya merasa tidak selesa dengan negaraku sendiri," lanjutnya.
Bukan hanya kerana hal itu saja yang membuat Lindsay memutuskan untuk 'keluar' dari Amerika. Dalam satu kenyataan, Lindsay sempat berkongsi soal kehidupannya di Hollywood. Dia mengaku sudah tidak selesa dengan sorotan media serta kritikan-kritikan yang dilemparkan sesetengah pihak terhadap dirinya.
Terdahulu, bintang filem Mean Girls ini mencetuskan kekecohan ekoran didakwa sudah bergelar mualaf ekoran pernah dirakam sedang berjalan sambil membawa Al Quran, mengenakan hijab, sehinggalah menuliskan kata salam di Instagram serta kekerapannya berkunjung ke negara-negara Islam seperti Turki seolah-olah mengukuhkan lagi spekulasi dia sudah memeluk Islam.
Bagaimana ibu, keluarga serta pihak pengurusan Lindsay Lohan menafikan dakwaan dia telah menukar agama.
Sumber - MD

No comments
Post a Comment