Terkini

Suami "Membisu" 20 Tahun Gara-gara Merajuk Dengan Isteri

TOKYO - Bagi kebanyakan pasangan hidup sebagai suami isteri, sikap berdiam diri dalam tempoh tertentu menjadi kebiasaan setiap kali berlaku perselisihan faham antara kedua-dua pihak.

Suami "Membisu" 20 Tahun Gara-gara Merajuk Dengan Isteri
Katayama akhirnya bersuara setelah 20 tahun membisu
Namun bagi pasangan suami isteri di Jepun, mereka tidak bercakap sesama sendiri selama 20 tahun walaupun meneruskan hidup sebagai sebuah keluarga.

Si suami, Otou Katayama dari Nara, selatan Jepun, terus tinggal bersama tiga anak dan isterinya, Yumi yang cuba berkomunikasi dengan pasangannya itu tetapi usahanya itu tidak berjaya.

Katayama sekadar membalas dengan anggukan kepala isyarat atau mendengus apabila isterinya cuba berbual dengannya sepanjang tempoh 20 tahun.

Situasi yang dialami oleh pasangan tersebut didedahkan sendiri oleh anak lelaki mereka, Yoshiki, 18, yang meminta bantuan sebuah rancangan televisyen Jepun untuk membetulkan keadaan.

Suami "Membisu" 20 Tahun Gara-gara Merajuk Dengan Isteri
Detik indah ketika perkahwinan antara Katayama dan Yumi.
Pihak stesen televisyen Hokkaido berkenaan bersetuju untuk membantu mereka serta mengatur satu pertemuan antara Katayama dan Yumi di taman yang merupakan lokasi pertama mereka berdua bertemu.

Malah anak-anak mereka bersembunyi dan memerhatikan gelagat ibu bapa mereka dari jauh.

Suami "Membisu" 20 Tahun Gara-gara Merajuk Dengan Isteri
Anak-anak Katayama dan Yumi tidak mampu menahan sebak apabila mendengar ibu bapa mereka akhirnya
berbual selepas 20 tahun mendiamkan diri.
"Sudah lama kita tidak berbual.

"Awak terlalu bimbang tentang anak-anak.

"Yumi, sehingga kini, anak telah melalui masa yang sukar.

"Saya mahu tahu awak bahawa saya sangat bersyukur dengan keluarga kita," kata Katayama yang akhirnya bersuara untuk berbual dengan isterinya.



sumber - mstaronline

No comments